Aplikasi e-Pembelajaran Bagi Membantu Perkembangan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Abstract
Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programs – ETP) menyasarkan matlamat Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. 12 Bidang Utama Ekonomi Negara (National Key Economic Areas – NKEA) dijadikan terus untuk mencapai aspirasi ini. Bidang pendidikan merupakan salah satu fokus utama Program Transformasi Ekonomi. Teras utama sektor pendidikan merupakan pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Kajian ini meneliti perkembangan aplikasi e-Pembelajaran dalam pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat di Malaysia.