Ke Arah Program Pembangunan Profesional yang Efektif: Satu Kajian

Authors

  • Khairiah Salwa Mokhtar
  • Debby Tanamal

Abstract

Pembangunan profesional, pembangunan staf, pembelajaran secara profesional dan pembelajaran berterusan adalah konsep yang merujuk kepada aktiviti pencarian ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi pembangunan peribadi dan juga kerjaya. Kesemua konsep ini mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk meningkatkan kemampuan staf atau pekerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Aktiviti ini boleh berbentuk formal atau tidak formal, individu atau berkumpulan,
berkemahiran umum atau spesifik dan penggunaan pelbagai pendekatan seperti kajian kes, bengkel, kursus jangka pendek dan pementoran. Pembangunan profesional ini bukan hanya penting dalam bidang perniagaan dan kejuruteraan malahan ia juga boleh diguna pakai dalam bidang-bidang lain termasuk pendidikan. Banyak kajian berkaitan pembangunan profesional telah
dilaksanakan dengan fokus negara-negara Barat yang telah menghasilkan pelbagai dapatan termasuk komponen-komponen utama yang penting dan berkesan dalam pembangunan kerjaya seseorang individu. Komponen-komponen ini dibentuk untuk melengkapkan individu dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi memastikan mereka berpengetahuan dan cekap dalam melaksanakan tugas secara berkesan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk (a) mengenalpasti komponen-komponen utama pembangunan profesional berasaskan limpahan literatur yang ada bagi pendidikan sekolah rendah dan menengah; dan (b) mengkaji sejauh mana komponen-komponen tersebut boleh diguna pakai oleh tenaga pengajar di sekolah rendah dan menengah di Malaysia dan Indonesia untuk mencapai matlamat yang sama. Kajian juga menyenaraikan beberapa kekangan dan potensi kajian masa hadapan yang berkaitan.

Published

2023-05-09

Issue

Section

Articles