Pembangunan Bahan Multimedia yang Berkesan untuk e-Pembelajaran daripada Perspektif Pelajar

Authors

  • Fatimah Hassan
  • Norziani Dahalan @ Omar

Keywords:

e-pembelajaran, pendidikan jarak jauh, multimedia

Abstract

Pendidikan yang menggunakan e-pembelajaran telah menjadi satu kaedah pendidikan yang semakin diterima ramai kerana kelebihan sistemnya yang menjimatkan masa dan kos akibat menyediakan dan penggunaan bahan pembelajaran tanpa sekatan masa dan tempat serta tanpa sempadan dan had penggunaan. Tiga komponen utama dalam sistem e–pembelajaran yang
mempengaruhi kejayaan penggunaannya dalam bidang pendidikan dikenali sebagai perkembangan kandungan, teknologi dan perkhidmatan. Kajian ini djalankan bagi membincangkan kaedah pembangunan bahan multimedia dalam e-pembelajaran yang berkesan dan wajar di teliti daripada perspektif pelajar. Pelbagai faktor di kesan berupaya mempengaruhi keberkesanan penggunaan bahan e-pembelajaran yang kerap digunakan sebagai kaedah pendidikan kendiri pada masa kini. Menggabungkan strategi dalam pendekatan konstruktivist mampu membuatkan bahan multimedia e-pembelajaran lebih menari dan berkesan untuk pelajar yang mengikut system pendidikan secara jarak jauh atau secara dalam talian.

Published

2023-05-09

Issue

Section

Articles