Penerapan Aplikasi e-Pembelajaran di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia

Authors

  • Ku ‘Azam Tuan Lonik

Abstract

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah menghasilkan impak yang besar kepada kehidupan manusia yang tidak terpisah lagi dengan peranti TMK msing-masing. Ledakan ini turut merubah landskap pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan aplikasi e-pembelajaran hasil ledakan TMK dan kemajuan peralatan perkomputeran yang menjadi semakin canggih telah berjaya mencorakkan dunia akademik. Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia tidak ketinggalan dalam menafaatkan perkembangan ledakan TMK ini. Tuntutan untuk mengikut rentak perubahan ini merupakan suatu keperluan dalam dunia pendidikan mutakhir ini.

Published

2023-05-09

Issue

Section

Articles