Penilaian Bahan e-Pembelajaran dari Perspektif Pelajar

Authors

  • Wan Asna Wan Mohd Nor

Abstract

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) membolehkan pengajar membangunkan peralatan dan bahan pengajaran yang berasaskan teknologi dan Internet yang menyokong kaedah pengajaran dalam semua bidang pengajaran. Objektif artikel ini ialah untuk membincangkan hasil kajian tentang bahan e-pembelajaran yang telah dibangunkan menggunakan perisian Articulate Presenter berdasarkan model motivasi Keller ARCS dan digunakan dalam pengajaran. Analisis maklum balas dan cadangan daripada pelajar menunjukkan bahawa secara umumnya, bahanbahan e-pembelajaran yang terpilih mempunyai potensi dalam memenuhi semua strategi dalam model ARCS, iaitu perhatian, relevan, keyakinan dan kepuasan. Penemuan kajian dapat menambahbaikkan bahan e-pembelajaran sedia ada serta membantu membangunkan bahan epembelajaran yang efektif.

Published

2023-05-09

Issue

Section

Articles