Toxicity of Chlorophyllin against Lymnaea acuminata at Different Wavelengths of Visible Light

Main Article Content

Divya Chaturvedi
Vinay Kumar Singh

Abstract

Fasciolosis is a water and food-borne disease caused by the liver fluke Fasciola hepatica and Fasciola gigantica. This disease is widespread in different parts of the world. Lymnaeidae and Planorbidae snails are the intermediate hosts of these flukes. Snail population management is a good tool to control fasciolosis because gastropods represent the weakest link in the life-cycle of trematodes. Chlorophyll can be extracted from any green plant. Chlorophyllin was prepared from spinach in 100% ethanol by using different types of chemicals. The chlorophyll obtained from spinach was transformed into water-soluble chlorophyllin. In the present paper, toxicity of chlorophyllin against the snail Lymnaea acuminata was time and concentration dependent. The toxicity of extracted and pure chlorophyllin at continuous 4 h exposure of sunlight was highest with lethal concentration (LC50) of 331.01 mg/L and 2.60 mg/L, respectively, than discontinuous exposure of sunlight up to 8 h with LC50 of 357.04 mg/L and 4.94 mg/L, respectively. Toxicity of extracted chlorophyllin was noted in the presence of different monochromatic visible lights. The highest toxicity was noted in yellow light (96 h, LC50392.77 mg/L) and the lowest in green light (96 h, LC50 833.02 mg/L). Chlorophyllin in combination with solar radiation or different wavelength of monochromatic visible lights may become a latent remedy against the snail L. acuminata. It was demonstrated that chlorophyllin was more toxic in sunlight. Chlorophyllin is ecologically safe and more economical than synthetic molluscicides which have the potential to control the incidence of fasciolosis in developing countries.


 


Fasciolosis merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh fluk hati Fasciola hepatica dan Fasciola gigantica. Penyakit ini menular di pelbagai bahagian di dunia ini. Siput Lymnaeidae and Planorbidae ialah perumah perantara bagi fluk ini. Pengurusan populasi siput menjadi kaedah terbaik bagi mengawal fasciolosis kerana gastropod merupakan rantaian yang paling lemah dalam kitaran hayat trematod. Klorofil boleh diekstrak dari sebarang tanaman hijau. Klorofilin disediakan daripada bayam dalam etanol 100% dengan menggunakan pelbagai jenis bahan kimia yang berbeza. Klorofil yang diperoleh daripada bayam bertukar menjadi klorofilin larut air. Dalam kajian yang dijalankan ini, ketoksikan klorofilin bagi menghapuskan siput Lymnaea acuminata bergantung kepada masa dan kepekatan. Ketoksikan klorofilin yang diekstrak dan yang tulen di bawah cahaya matahari secara berterusan selama 4 jam adalah tinggi dengan kepekatan maut (LC50) 331.01 mg/L dan 2.60 mg/L, masing-masing, berbanding dengan pendedahan kepada cahaya matahari selama 8 jam yang bukan secara berterusan dengan LC50 357.04 mg/L dan 4.94 mg/L, masing-masing. Ketoksikan klorofilin yang diesktrak dapat diketahui dengan kehadiran cahaya nampak monokromatik yang berbeza. Ketoksikan yang paling tinggi didapati dalam cahaya kuning (96 jam, LC50 392.77 mg/L) dan yang paling rendah dalam cahaya hijau (96 jam, LC50 833.02 mg/L). Kewujudan klorofilin dalam kombinasi dengan radiasi solar atau cahaya nampak monokromatik yang berbeza panjang gelombangnya mungkin menjadi satu penawar pendam bagi menghapuskan siput L. acuminata. Klorofilin terbukti lebih toksik dalam kehadiran cahaya matahari. Klorofilin adalah selamat dari segi ekologi dan lebih berekonomi berbanding molusisid sintetik yang berpotensi mengawal insiden fasciolosis di negara-negara membangun.

Article Details

How to Cite
Toxicity of Chlorophyllin against Lymnaea acuminata at Different Wavelengths of Visible Light. (2016). Tropical Life Sciences Research, 27(2), 25–36. https://doi.org/10.21315/tlsr2016.27.2.3
Section
Original Article