Pengajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah: Kecenderungan dan Kerelevan Memenuhi Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Main Article Content

Mat Desa Mat Rodzi

Abstract

Pendidikan sememangnya merupakan salah satu keperluan bagi manusia kerana berupaya menjanjikan pemupukan, pembentukan dan perkembangan daya pemikiran reflektif, yang dapat melihat semula keadaan yang berlaku pada diri manusia serta tujuan kehidupan. Pemikiran reflektif juga berkait dengan pemikiran kritis yang melibatkan proses menganalisis maklumat supaya mendapat kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna. Justeru kerana pemikiran yang reflektif dan kritis, manusia yang berpendidikan mampu juga berimaginasi untuk penghasilam produk (outcome) yang sempurna dan bermakna serta menepati maksud dan tujuan yang dicari dalam setiap tindakan. Selain itu, dengan pendidikan, pengetahuan sama ada yang formal atau tidak formal akan dinikmati, terutamanya dalam berkomunikasi.

Article Details

How to Cite
Mat Desa Mat Rodzi. 2002. “Pengajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah: Kecenderungan Dan Kerelevan Memenuhi Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan”. Wacana Seni Journal of Arts Discourse 1 (December): 89–107. https://ejournal.usm.my/wacanaseni/article/view/ws-vol1-2002-10.
Section
Original Articles