Pendidikan Pendalangan di dalam Wayang Kulit Kelantan

Main Article Content

Jamaludin Osman

Abstract

Terdapat beberapa komponen yang akan dibincangkan merujuk kepada sistem pendidikan pendalangan. Komponen ini mempengaruhi antara satu dengan yang lain untuk mewujudkan mutu sistem pendidikan itu sendiri. Hal ini penting kerana sistem pendidikan dalang merupakan sistem yang disampaikan secara lisan. Kekuatan daya ingat, kefahaman. kebijaksanaan dan kesabaran antara guru dan murid diberi keutamaan semasa melaksanakan proses pendidikan tersebut. Di dalam proses pendidikan pendalangan, gabungan latihan secara formal dan tidak formal adalah penting. Hal ini menunjukkan kedua-dua sistem ini boleh diterima-pakai dan saling berkait bertujuan untuk melahirkan dalang yang berkebolehan. Waiau bagaimanapun, seorang yang ingin diiktiraf sebagai dalang asli perlu melalui semua peringkat latihan formal.

Article Details

How to Cite
Jamaludin Osman. 2002. “Pendidikan Pendalangan Di Dalam Wayang Kulit Kelantan”. Wacana Seni Journal of Arts Discourse 1 (December): 33–52. https://ejournal.usm.my/wacanaseni/article/view/ws-vol1-2002-4.
Section
Original Articles