Seni Topeng sebagai Manifetasi Seni yang Unggul: Mewarnai Tamadun serta Budaya Manusia secara Global
Main Article Content
Abstract
Seni topeng melihatkan bahan budaya yang sejagat bentuknya. Topeng adalah satu fenomena yang wujud secara semula jadi di kalangan manusia di seluruh dunia. Setiap bangsa dan tamadun mempunyai budaya topeng mereka tersendiri: dari Timur hingga ke Barat dan dari kaum primitif hingga masyarakat moden. Peranan topeng bermula sejak zaman batu lagi. Ini dapat dikesan melalui peninggalan lukisan dinding gua yang menggambarkan pemakaian topeng yang berbentuk binatang di dalam gua batu seperti di Altamira (Sepanyol) dan di Lascaux dan Dodogone (Perancis). Topeng kekal hingga ke hari ini walupun telah melalui liku-liku sejarah manusia yang pelbagai ragam sejak 30,000 tahun yang lalu. Ketahanan budaya topeng sehingga ke hari ini membuktikan kepada kita bahawa perlunya bahan budaya ini diberikan satu pemerhatian yang istimewa.
Article Details
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.