Renungan Ke Atas Catan Landskap

Main Article Content

Zakaria Ali

Abstract

Dalam sejarah seni Malaysia, catan landskap itu bermula pada abad ke 19 dengan kedatangan pelukis-pelukis pelawat Inggeris seperti William Westall, James George, James Wathen, Robert Smith, William Danell, dan beberapa orang lagi. Kesemuanya adalah amatur, memegang jawatan  utama dalam East lndia Company sebagai pedagang, pelaut, askar, jurutera, jurukur dan pentadbir. Melukis landskap di sekitar Pulau Pinang dengan memberi penumpuan kepada banjaran gunung, pantai, dan laut, pelukis-pelukis tersebut menyatakan rasa intim dengan alam yang baru saja mereka kenali, dan bakal pula mereka jajahi, secara poljtik dan ekonomi, pada dekad-dekad terakhir abad ke 19.

Article Details

How to Cite
Zakaria Ali. 2002. “Renungan Ke Atas Catan Landskap”. Wacana Seni Journal of Arts Discourse 1 (December): 1–12. https://ejournal.usm.my/wacanaseni/article/view/ws-vol1-2002_1.
Section
Original Articles