Ronggeng Rokiah: Percubaan Filem Noir ke Pentas

Main Article Content

Halimi Mohamed Noh

Abstract

Fenomena sesorang yang terlibat di dalam dunia pengarahan filem melebarkan bakat kepada eni pengarahan pentas tidaklah menjadi suatu keanehan di Malaysia. Nama-nama seperti U Wei Hj. Shaari, Aziz M. Osman, Dato' JIns Shamsudin dan kini Dr. Anuar Nur Arai telah memberikan kesinambungan fenomena tersebut. Ronggeng Rokiah merupakan karya dan arahan pertama oleh Dr. Anuar Nur Arai yang telah dipentaskan di Istana Budaya pada 21 hingga 31 Mei 2003. Ketokohan beliau di dalam dunia penulisan terbukti apabila telah menerima pelbagai anugerah anjuran GAPENA dan Dewan Bahasa dan Pustaka antaranya Tok Selampit dan Vakum. Selain itu, karya-karya beliau turut ditayangkan di televisyen antaranya drama Din dan Miyoto, Balai di Hujung Sawah dan Seorang Tua di Sungai Lembing. Johnny Bikin Filem merupakan filem arahan pertama beliau yang diterbitkan oleh Universiti Malaya pada tahun 1992.

Article Details

How to Cite
Ronggeng Rokiah: Percubaan Filem Noir ke Pentas. (2003). Wacana Seni Journal of Arts Discourse, 2, 161–165. https://ejournal.usm.my/wacanaseni/article/view/ws-vol2-2003-13
Section
Review