Boria Muharam: Antara Kreativiti dan Realiti Masyarakat Melayu Pulau Pinang abad ke-19 dan ke-20

Main Article Content

Mahani Musa

Abstract

Antara dekad pertama abad ke-19 sehingga pendudukan Jepun merupakan satu tempoh yang penting dalam sejarah perkembangan boria. Namun aspek menarik ini jarang sekali disentuh dalam kajian-kajian tentang boria. Persembahan boria dalam tempoh ini dikenali sebagai boria Muharam kerana dimainkan bersempena sambutan Muharam. Bermula sebagai satu bentuk upacara keagamaan, boria Muharam lama-kelamaan bertukar corak menjadi satu kegiatan budaya dengan mempamerkan kreativiti seni yang tinggi dalam segenap aspek persembahan. Namun, yang lebih penting dan jarang ditinjau ialah boria Muharam juga mewakili sikap serta pemikiran orang Melayu Pulau Pinang terhadap sahsiah sosioekonomi dan politik mereka sebelum merdeka.

Article Details

How to Cite
Mahani Musa. 2003. “Boria Muharam: Antara Kreativiti Dan Realiti Masyarakat Melayu Pulau Pinang Abad Ke-19 Dan Ke-20”. Wacana Seni Journal of Arts Discourse 2 (December): 19–39. https://ejournal.usm.my/wacanaseni/article/view/ws-vol2-2003-2.
Section
Original Articles