Modenisme, Seni Moden dan Seniman Moden: Satu Pemahaman Antara Ideologi Asalnya dengan Pengalaman Malaysia

Main Article Content

Safrizal Shahir

Abstract

Semenjak ideologi Modenisme mula diterima dan diguna pakai dalam warana dan praktis Seni Rupa Barat (pada sekitar tahun 1850-an). idea dan model itu telah diaplikasikan secara utuh dan meluas urituk membuat dan menilai hasilan objek Seni Rupa Moden ( Modern Art). Walaupun idea Modenisme itu telah agak lama diterima dan diguna pakai (seawal 1950-an atau mungkin lebih awal lagi) dalam praktis Seni Rupa Malaysia. idea-idea konsepsual yang melatari gagasan Modenisme Seni Rupa itu tidaklah diberi pertimbangan dan kajian yang bersifat kritis berdasarkan hubungan sosiologi, praktis budaya, hubungan agama, nuansa politik dan ras atau gender umpamanya. Sekurang-kurangnya hal ini boleh kita insafi kerana memang gagasan Seni Moden itu diterirna pakai oleh para Modenis awal Malaysia secara "bentuk tuntas" untuk mengungkapkan penyataan seninya.

Article Details

How to Cite
Safrizal Shahir. 2004. “Modenisme, Seni Moden Dan Seniman Moden: Satu Pemahaman Antara Ideologi Asalnya Dengan Pengalaman Malaysia”. Wacana Seni Journal of Arts Discourse 3 (December): 87–107. https://ejournal.usm.my/wacanaseni/article/view/ws-vol3-2004-6.
Section
Original Articles