Kumpulan Bangsawan Sri USM Mengekalkan Tradisi Bangsawan di dalam Jula-Juli Bintang Tujuh

Main Article Content

Halimi Mohamed Noh

Abstract

Kumpulan Bangsawan Sri USM telah ditubuhkan pada tahun 1980. Ahlinya terdiri daripada kakitangan dan pelajar-pelajar Universiti Sains Malaysia serta aktivis-aktivis teater yang bergiat di sekitar Pulau Pinang. Kumpulan ini diwujudkan oleh Bahagian Seni Lakon, Pusat Pengajian llmu Kemanusian (kini Bahagian Drama dan Teater, Pusat Pengajian Seni) untuk memupuk kembali seni tradisi yang hampir luput ditelan zaman. Keprihatinan ini dimulakan oleh Dr. Ghulam­-Sarwar Yousof yang teJah mengambil inisiatif rnembawa Encik Alias bin Abdul Manan (Pak Alias) dan Puan Aminah binti Nani (Mak Minah). Dua tokoh ini telah dilantik sebagai pembimbing kumpulan ini sehingga tahun 1995. Di bawah pimpinan dua tokoh tersebut, kumpulan Sri USM Bangsawan telah membuat dua kali persembahan setahun, antaranya Mahshuri, Puteri Bakawali dan Tengku  Sulung Mati Digantung. Dalam jangka masa enam tahun ditinggalkan kekosongan, pada tabun 2001 kumpulan Bangsawan Sri USM kembali semula hidup di bawah pimpinan Prof. Madya Dr. Abdul Samat bin Salleh dengan mempersembahkan Bangsawan Bakawali (di bawah program bantuan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia) dan pada tahun 2004 mempersembahkan Bangsawan Jula-Juli Bintang Tujuh. Pada kali ini, ahli-ahli kumpulan diambil daripada pelajar-pelajar, kakitangan dan alumni Pusat Pengajian Seni di samping aktivis-aktivis teater tempatan yang berminat.

Article Details

How to Cite
Kumpulan Bangsawan Sri USM Mengekalkan Tradisi Bangsawan di dalam Jula-Juli Bintang Tujuh. (2005). Wacana Seni Journal of Arts Discourse, 4, 151–154. https://ejournal.usm.my/wacanaseni/article/view/ws-vol4-2005-10
Section
Review