Idiosyncracy P.Ramlee dalam Genre Filem Komedi

Main Article Content

Khairul Aidil Azlin Abdul Rahman & Nur Afifah Vanitha Abdullah

Abstract

P. Ramlee adalah sebuah nama yang terulung di persada seni tanah air. Beliau telah mengarah banyak filem Melayu yang mendapat sambutan yang am at positif di peringkat nasional dan antarabangsa di era 1950-an dan 1960-an. Hingga kini, filem-filem beliau masih ditonton oleh semua lapisan generasi dan kaum di Malaysia. Daripada 34 buah filem yang diarah oleh P. Ramlee, 18 buah filem adalah dari genre komedi. Filem komedi pertama beliau adalah Bujang Lapok yang diarah pada tahun 1957. Mulai dari tahun 1957 hingga 1972 (http://www.farahaqil.comlmovies/summary.htm). P. Ramlee telah mengarah sekurang-kurangnya satu filem komedi setiap tahun. P ada tahun 1965 dan 1966 beliau telah mengarah sebanyak tiga buah filem komedi berturut-turut iaitu filem Sabaruddin Tukang Kasut, Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi. Ini menunjukkan bahawa pasaran kepada filem komedi adalah sangat tinggi pada tahun-tahun tersebut.

Article Details

How to Cite
Idiosyncracy P.Ramlee dalam Genre Filem Komedi. (2005). Wacana Seni Journal of Arts Discourse, 4, 41–61. https://ejournal.usm.my/wacanaseni/article/view/ws-vol4-2005-3
Section
Original Articles