Muzik Gondang Sabangunan dan Peranannya dalam Upacara Pesta Adat Batak Toba: Satu Pengenalan

Main Article Content

Emmi Simangunsong

Abstract

Batak Toba adalah salah satu kaum Batak yang lerdapat di Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia. Dalam upacara pesta adat yang dilakukan oleh masyarakat Batak Toba, muzik gondang sabangunan berfungsi sebagai mengiringi tarian dan juga sebagai medium untuk mencapai tujuan yang diinginkan dalam upacara pesta adat. Berhubung dengan itu, perbincangan mengenai adat dalihan na tolu (adat dalam struktur kekerabatan) dan tortor (tarian adat) adalah penting kerana adat dalihan na tolu, muzik gondang dan tortor rnerupakan satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan dalam pelaksanaan upacara pesta adat.

Article Details

How to Cite
Emmi Simangunsong. 2005. “Muzik Gondang Sabangunan Dan Peranannya Dalam Upacara Pesta Adat Batak Toba: Satu Pengenalan”. Wacana Seni Journal of Arts Discourse 4 (December): 83–101. https://ejournal.usm.my/wacanaseni/article/view/ws-vol4-2005-6.
Section
Original Articles