Transnasionalisasi Muzik Indonesia: Makna Kultural dan Fungsi Sosiopolitik Resepsi Muzik Pop Minang di Malaysia

Main Article Content

Suryadi

Abstract

Muzik Indonesia telah mendapat perhatian cukup meluas daripada para peneliti kebudayaan lndonesia. Publikasi ilmiah tentang muzik dari negara yang terdiri dari ratusan puak (etnis) ini - sama ada genre tradisional ataupun moden/popular, muzik nasional mahupun muzik daerah - sudah banyak. Studi-studi itu, yang berangkat daripada pelbagai perspektif teori dan metodologi, telah memfokuskan perhatian pada pelbagai aspek muzik lndonesia: ada kajian yang memberi tekanan pada aspek kulturalnya, estetis dan puitis, ekonomis, dan juga representasi nya dalam media audiovisual (gramofon, kaset. CD, VCD, filem, dan televisyen). Dalam dua dekad kebelakangan ini, peneliti tampaknya juga makin tertarik pada aspek politik muzik Indonesia yang sering dihubungkaitkan dengan fenomena globalisasi kebudayaan, politik, mahupun ekonomi. Sebagai contoh, lihat misalnya studi mutakhir daripada Jeremy Wayne Wallach, Modern Noise and Ethnic Accents: Indonesian Popular Music in the Era of Reformasi (2002).

Article Details

How to Cite
Suryadi. 2007. “Transnasionalisasi Muzik Indonesia: Makna Kultural Dan Fungsi Sosiopolitik Resepsi Muzik Pop Minang Di Malaysia”. Wacana Seni Journal of Arts Discourse 6 (December): 1–30. https://ejournal.usm.my/wacanaseni/article/view/ws-vol6-2007-1.
Section
Original Articles