Pembangunan Lestari melalui Seni: Sebuah Pameran Solo Karya-Karya Catan Lanjutan dan Instalasi Terbaru
Main Article Content
Abstract
Pokok-pokok memberi perlindungan daripada kepanasan serta membekalkan oksigen yang sangat diperlukan oleh makhluk di bumi tcrmasuk manusia. Pokok-pokok dilihat oleh segelintir manusia sebagai sumber berharga untuk produk-produk kayu. Sebaliknya, segelintir berpendapat poko-pokok sebagai sumber kewangan yang menjanjikan keuntungan lumayan. Di sebalik fungsi dan peranannya kepada manusia, pokok yang tumbuh hidup dan memiliki "deria" yang bijak bersinergi dengan perubahan cuaca serta persekitaran, kini sedang bertarung untuk kelangsungan hayatnya. Mereka yang sedar tentang implikasi kosmik berkaitan dengan pokok, telah cuba bergabung tenaga untuk melindunginya. Bagaimanapun, bertan-tan pokok yang ditebang untuk konsumsi global kini dibazirkan sewenang-wenangnya. Bagi pelukis, kami telah cuba mengguna semula dan mengolah bahan-bahan buangan dari pokok ke bentuk-bentuk seni yang lebih bermakna. Dalam pameran ini, saya telah mempamerkan karya-karya yang meninjau perbezaan antara menghayati alam semula jadi dengan menghayati objek-objek dan produk alam semula jadi. Menerusi karya-karya ini, saya percaya bahawa kita dapat menghargai bagaimana pokok-pokok dan produknya memberikan faedah dan memperkayakan budaya hidup manusia.
Article Details
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.