Merdeka 50: A Celebration of Malaysian Art

Main Article Content

Safrizal Shahir

Abstract

Sebagai sebuah pameran yang dianjurkan bersempena dengan ulang tahun ke-50 kemerdekaan tanah air, dapat difahami bahawa pameran ini telah cuba mengusulkan sebuah pemerhatian besar berkenaan hal kesenian Malaysia dalam acuan kenegaraan. Secara paling mudah, pameran ini cuba untuk mendedahkan realiti, interpretasi atau tindak balas seniman-seniman tanah air melalui ciptaan karya seni rupa mereka dalam konteks 'sebuab kehidupan' yang berlatarbelakangkan hakikat keMalaysiaan itu. Dengan pemahaman daripada judulnya juga dapat difahami bahawa pameran juga adlalah sebuah anjuran peraian kepada seni Malaysia itu dalam konteks kenegaraan. Dengan beberapa anjuran yang boleh diusulkan daripada pemerhatian luar berkaitan gagasan, konsep atau hala tujunya, maka harapan pameran ini dari segi idea, konteks dan bentuknya adalah besar. Hal ini kerana, ia secara jelas telah menentukan atau mempertembungkan usul-usul yang besar di antara seni dan kenegaraan bagi seniman di Malaysia. Puncak kepada hal-hal ini tentunya akan merujuk kepada karya-karya seni yang telah dipamerkan sebagai bahan bukti utama.

Article Details

How to Cite
Merdeka 50: A Celebration of Malaysian Art. (2007). Wacana Seni Journal of Arts Discourse, 6, 77–82. https://ejournal.usm.my/wacanaseni/article/view/ws-vol6-2007-7
Section
Review