Faktor-Faktor Kegagalan Penggunaan Buku Teks Yayasan Islam Kelantan (YIK) Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP): Satu Analisis Kajian Kes

Main Article Content

Muhammad Mustaqim Bin Roslan
Nur Aishah Z

Abstract

Buku teks yang disediakan oleh kerajaan negeri Kelantan bertujuan untuk melahirkan murid berkualiti. Namun, guru di beberapa sekolah negeri ini lebih cenderung menggunakan nota ringkas dalam bahasa Melayu daripada buku teks bahasa Arab. Akibatnya, penguasaan bahasa Arab murid merosot. Kajian ini menganalisis faktor kegagalan guru menggunakan buku teks Yayasan Islam Kelantan (YIK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). Metodologi interpretif dengan pendekatan kajian kes digunakan. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur dengan guru dan pegawai YIK. Analisis kandungan dokumen menunjukkan lima faktor utama guru tidak menggunakan buku teks YIK: ketebalan buku, sukatan pelajaran berulang, amalan lama, persembahan buku tidak menarik, dan kandungan sukar difahami. Kajian lanjut diperlukan untuk menentukan langkah yang perlu diambil YIK bagi memastikan penggunaan buku teks sebagai medium utama PDP di sekolah-sekolah kerajaan negeri Kelantan.

Article Details

How to Cite
Faktor-Faktor Kegagalan Penggunaan Buku Teks Yayasan Islam Kelantan (YIK) Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP): Satu Analisis Kajian Kes. (2024). International Journal of World Civilizations and Philosophical Studies, 1(1), Volume 1 Sept 2024: 1-25. http://ejournal.usm.my/ijwcps/article/view/4794
Section
Article