Laporan Kes: Merawat Wanita Kerasukan Di Sungai Buloh Menggunakan Kaedah Fizikal & Rohani

Main Article Content

Nazmi Qayyum Hamdan
Mohd Ashraf Mohd Nor

Abstract

Kaedah rawatan kerasukan yang selalu dibuat adalah secara spiritual seperti jampi atau doa. Namun begitu, telah wujud kajian yang menggunakan kaedah fizikal seperti refleksologi untuk merawat kerasukan. Artikel ini melaporkan kes yang terjadi pada pertengahan 2022 mengenai seorang wanita lingkungan 20-an yang dirasuk. Perawat berdua (P-1 dan P-2) dipanggil untuk merawat wanita tersebut, sedikit latar belakangnya disiasat. Perawat menggunakan dua kaedah rawatan iaitu spiritual serta fizikal. Kaedah spiritual yang dipakai ialah azan dan ayat al-Kursi. Kaedah fizikal yang digunakan pula ialah refleksologi dalam bentuk pukulan, ketukan dan picitan. Akhir sekali, P-2 membaca surah al-Baqarah, manakala P-1 melakukan solat sunat sambil berdoa semasa sujud. Pesakit kelihatan sembuh sebaik saja P-1 memberikan salam akhir solat sunat, dan P-2 berhenti pada ayat ke-48 surah al-Baqarah. Setelah selesai, beberapa nasihat diberikan kepada wanita dan keluarganya. Laporan ini mengusulkan beberapa maklumat yang perlu diambil perihal pesakit yang kerasukan.

Article Details

How to Cite
Laporan Kes: Merawat Wanita Kerasukan Di Sungai Buloh Menggunakan Kaedah Fizikal & Rohani. (2024). International Journal of World Civilizations and Philosophical Studies, 1(1), Volume 1 Sept 2024: 57-76. http://ejournal.usm.my/ijwcps/article/view/4799
Section
Article