Analisis Konsep Tuhan Dan Agama Menurut Perspektif Stephen Hawking (1942-2018) Dalam Bukunya Brief Answers to the Big Questions

Main Article Content

Mastura Abd Wahab
Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali

Abstract

Metafizik adalah perbincangan falsafah tentang hakikat segala sesuatu atau perkara yang di luar alam fizik. Topik berkaitan Tuhan dan agama didiskusikan dalam ilmu metafizik yang menggunakan keupayaan logik dalam menjawab setiap persoalannya. Pada 2018, buku bertajuk Brief Answers to the Big Questions telah diterbitkan oleh Stephen Hawking pada tahun 2018. Beliau seorang ahli falsafah fizik, kosmologi, dan matematik yang terkenal di Universiti Cambridge. Dalam buku tersebut, beliau menunjukkan pandangannya tentang ketidakwujudan Tuhan, alam semesta tidak diciptakan oleh Tuhan, nasib manusia tidak ditentukan oleh Tuhan, tidak ada kehidupan selepas mati, dan tidak ada syurga dan neraka. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan konsep Tuhan dan agama oleh Hawking dalam bukunya Brief Answers to the Big Questions dan menganalisisnya dalam pandangan Islam. Melalui penggunaan kaedah analisis kandungan tentang konsep Tuhan dan agama dalam bab pertama 'Adakah Tuhan?', didapati Hawking menggunakan logik dan spekulasinya untuk menyangkal kewujudan Tuhan, kekuasan Tuhan dalam penciptaan, serta kuasa Tuhan di atas setiap kejadian dan perjalanan alam. Konsep agama pula dianggap sebagai ideologi yang dianut oleh orang yang tidak memahami sains dan jahil tentang kedudukan tertinggi sains dalam menjelaskan segala fenomena yang berlaku di alam ini. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa Hawking adalah seorang ateis, yang percaya kepada naturalisme saintifik. Beliau hanya memilih bukti empirikal dan rasional yang berkaitan dengan agama dan Tuhan, sedangkan Islam mengajarkan integrasi ilmu Naqli dan Aqli sebagai ajaran epistemologinya.

Article Details

How to Cite
Analisis Konsep Tuhan Dan Agama Menurut Perspektif Stephen Hawking (1942-2018) Dalam Bukunya Brief Answers to the Big Questions. (2024). International Journal of World Civilizations and Philosophical Studies, 1(1), Volume 1 Sept 2024: 170-193. http://ejournal.usm.my/ijwcps/article/view/4865
Section
Article