Aspek Lakonan Di Dalam Teater Bangsawan

Main Article Content

Abdul Samat Salleh

Abstract

Bangsawan mula bertapak di Pulau Pinang, Tanah Melayu (kini Malaysia) sekitar tahun-tahun 1870-an. Bangsawan yang berasal-usulkan Teater Parsi dibawa dari Bombay untuk menghiburkan pekerja-pekerja Sepoi dalam Syarikat Hindia Timur. Teater Parsi yang menggunakan Bahasa Hindi begitu popular di kalangan penduduk tempatan hingga mendorongkan penduduk tempatan mengadaptasikan teater tersebut hingga terhasilnya Tiruan Teater Parsi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai media penyampaiannya. Pada peringkat awal penubuhannya, Tiruan Teater Parsi mementaskan cerita-cerita dari India dan beransur- ansur menggantikannya dengan cerita-cerita tempatan.

Article Details

Section

Thesis Abstracts

How to Cite

Aspek Lakonan Di Dalam Teater Bangsawan. (2023). KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 5, 130-132. https://ejournal.usm.my/kajh/article/view/4053