Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan dan Pemilikan Tanah, 1930–40 (Kelantan Malay Reserve Land Enactment and Land Rights, 1930–40)

Main Article Content

Nik Haslinda Nik Hussain

Abstract

Analisis dalam makalah ini tertumpu kepada persoalan tentang Tanah Simpanan Melayu di Kelantan (TSM) dari perspektif sejarah dengan meneliti pelaksanaan Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan dari tahun 1930 hingga 1940. Kajian sejarah menunjukkan bahawa 9 daripada 10 bidang tanah milik orang Melayu telah hilang atau dijual kepada bukan Melayu. Pengambilalihan hak milik tanah kepada orang bukan Melayu berlaku sama ada melalui penjualan atau penggadaian tanah merupakan sesuatu yang lazim berlaku di negeri-negeri Melayu. Pentadbir Inggeris telah bertindak dengan memperkenalkan TSM untuk menyekat fenomena ini. TSM mempunyai dua objektif; untuk menyekat tanah orang Melayu berpindah ke tangan bukan Melayu dan untuk menyekat sebarang perundingan terhadap Tanah Rizab Melayu sebagai barang perniagaan dan juga untuk menyelamatkan orang Melayu daripada dibebani hutang melalui urus niaga tanah. Berdasarkan objektif tersebut, dasar TSM adalah untuk memastikan tanah orang Melayu hanya boleh dipindahkan kepada orang Melayu sahaja. Dasar TSM secara rasminya diadakan pada tahun 1913 di negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang pada 1 Januari 1914. Selepas itu, dikuatkuasakan Enakmen Rizab Tanah Melayu di Kelantan (1930), Perlis (1930), Kedah (1931), Johor (1935) dan Terengganu (1941).


This paper discusses the issue of Malay Reserve Land (MRL) in Kelantan from a historical perspective based on an analysis of the implementation of the Malay Reservation Enactment in Kelantan from 1930 until 1940. Land ownership transfer to non-Malays, whether through mortgage or sale, was a common phenomenon in the Malay States and historical research shows that 9 out of 10 pieces of Malay-owned lands were lost or sold to non-Malays. The rampant transfer of Malay-owned lands to non-Malays was the reason for the introduction of the Malay Reservation Enactment by the English colonial administrators at the time. The enactment has two objectives; to stop land belonging to the Malays from falling into the hands of non-Malays and to prevent Malay reserve land from being used as a business transaction. The enactment ensures that Malay land can be handed over to the Malays only. The MRL enactment was officially created in the states of Selangor, Perak and Negeri Sembilan in 1913, and in Pahang as of 1 January 1914. Subsequently, the MRL was enforced in the states of Kelantan (1930), Perlis (1930), Kedah (1931), Johor (1935) and Terengganu (1941).


 

Article Details

How to Cite
Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan dan Pemilikan Tanah, 1930–40 (Kelantan Malay Reserve Land Enactment and Land Rights, 1930–40). (2010). KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 17, 37–64. https://ejournal.usm.my/kajh/article/view/kajh_vol17-2010_3
Section
Articles