Penglibatan Masyarakat Peribumi dalam Isu Berkaitan Persekitaran: Tinjauan Terhadap Suku Mah Meri di Pualu Carey, Kuala Langat, Selangor (Indigenous Community Involvement in Environmental Issues: The Case of the Mah Meri Community of Pulau Carey, Kuala La

Main Article Content

Haliza Abdul Rahman

Abstract

Masyarakat awam harus dilibatkan secara langsung dalam setiap proses pembangunan yang dirancang dan dijalankan di kawasan mereka dalam usaha mencapai pembangunan mampan. Di peringkat kebangsaan, isu penyertaan awam dalam konteks persekitaran termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Justeru, sebagai sebahagian masyarakat negara ini, golongan peribumi seperti masyarakat Mah Meri di Pulau Carey seharusnya diberi peluang dan ruang serta dibenarkan terlibat sama dalam proses perancangan, perlaksanaan, penilaian dasar dan projek/program yang akan memberi kesan terhadap kehidupan mereka. Penglibatan dan kerjasama masyarakat peribumi dalam isu yang membabitkan persekitaran seperti hutan dalam kajian ini sangat penting kerana sebagai pihak yang berkepentingan yang mendiami kawasan tersebut, mereka biasanya mahir dan amat memahami keadaan persekitaran setempat di tempat yang mereka tinggal, justeru secara tidak langsung mereka dapat memberi dan menyumbang maklumat asas yang berguna bagi mengelak timbulnya masalah persekitaran yang lebih serius kesan daripada pembangunan yang dijalankan. Hal ini sangat penting diberi penekanan yang sewajarnya kerana, masyarakat awam merupakan benteng terakhir yang berupaya menyelamatkan proses kemusnahan alam sekitar dan sumber aslinya. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan tahap penyertaan dan penglibatan penduduk setempat iaitu suku Mah Meri di Pulau Carey dalam kajian ini terhadap isu-isu persekitaran masih lagi minimum disebabkan kurangnya pengetahuan, pemahaman dan keterdedahan terhadap isu berkenaan.


The public should be involved in every development process that is planned and carried out in their area to ensure sustainable development.  At the national level, the participation of the public in environmental matters is stated in the Environmental Quality Act 1974 and the Town and Country Planning Act 1976.  Therefore, as part of the public, indigenous communities such as the Mah Meri people of Pulau Carey must be given the opportunity and space to be involved in the planning, implementation, policy and project/programme evaluation processes that impact their lives.  It is important that the indigenous people are involved and given the chance to cooperate in issues that concern the environment in which they live such as the forest.  Their knowledge of their living space and their understanding of the surrounding areas make them important stakeholders.  They can provide fundamental information that can help authorities understand the area better and prevent serious environmental problems that may arise due to development.  This is crucial as the public is the final defense against the destruction of the environment and natural resources. However, the findings of the current study show that there is very little participation and involvement of the indigenous community, namely the Mah Meri community of Pulau Carey, in environmental issues in their area due to the lack of knowledge, understanding and exposure to the issue.

Article Details

How to Cite
Penglibatan Masyarakat Peribumi dalam Isu Berkaitan Persekitaran: Tinjauan Terhadap Suku Mah Meri di Pualu Carey, Kuala Langat, Selangor (Indigenous Community Involvement in Environmental Issues: The Case of the Mah Meri Community of Pulau Carey, Kuala La. (2010). KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 17, 111–134. https://ejournal.usm.my/kajh/article/view/kajh_vol17-2010_6
Section
Research Note