Manipulasi Peristiwa Israk Mikraj dalam Karya Sastera Arab dan Barat: Satu Analisis Terhadap Al-Maqamah Al-Iblisiyah, Al-Tawabi' Wa Al-Zawabi', Risalat Al-Ghufran dan The Divine Comedy (Manipulation of the Isra' and Mi'raj in Arabic and Western Literatures: An Analysis of Almaqamah Al-Iblisiyah, Al-Tawabi' Wa Al-Zawabi', Risalat Al-Ghufran and The Divine Comedy)
Main Article Content
Abstract
Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu tanda kekuasaan Allah SWT yang diperlihatkan kepada hamba-Nya. Tanpa iman yang kukuh, ia tidak dapat diterima akan kebenarannya. Justeru, peristiwa yang mengandungi seribu satu hikmah dan mukjizat ini amat besar nilainya di sisi Islam yang akan tetap terpahat dalam lipatan sejarah Islam. Makalah ini akan membincangkan manipulasi peristiwa Israk Mikraj dalam beberapa buah karya sastera Arab dan Barat. Untuk tujuan itu, makalah ini akan mengkaji beberapa buah karya sastera yang dikaitkan dengan peristiwa penting ini iaitu al-Maqamah al-Iblisiyah, al- Tawabi' wa al-Zawabi', Risalat al-Ghufran dan The Divine Comedy. Kajian ini juga akan menyingkap beberapa perkara yang dilihat secara langsung merupakan manipulasi daripada peristiwa Israk Mikraj. Jika aspek ini jelas wujud dalam karya-karya tersebut, maka tidak boleh tidak satu kesimpulan boleh dibuat, iaitu peristiwa Israk Mikraj telah jelas mempengaruhi perkembangan sastera Arab dan Barat. Namun, apa yang lebih penting ialah kesahihan peristiwa Israk Mikraj harus terus dipelihara dan dipertahankan daripada sebarang unsur-unsur negatif dan penghinaan terhadap Islam dan umatnya Dari sudut yang lain pula, keadaan ini tidak dianggap sebagai menyekat idea kreatif bagi penghasilan karya sastera secara tuntas.
The Isra' and Mi'raj (the night journey and ascension of Prophet Muhammad) is considered, in Islam, a symbol of the greatness of Allah. This divine experience of the Prophet, which contains a thousand and one wisdoms and miracles, is very significant in Islam and Islamic history. Yet without a strong conviction, it is not perceivable to be true. This article is an analysis of the manipulation of the Isra' and Mi'raj in several Arabic and Western literary works which make reference to the event, namely al-Maqamah al-Iblisiyah (The Maqama of Iblis), al-Tawabi' wa al-Zawabi' (The Treatise of Familiar Spirits and Demons), Risalat al-Ghufran (The Epistle of Forgiveness) and The Divine Comedy. The aim is to reveal some of the issues that emerge as a direct result of the manipulation of the Isra' and Mi'raj in these works. The existence of the manipulation of the Isra' and Mi'raj in the literary works will indicate that the heavenly incident has to some degree influenced the development of Arabic and Western literatures. If it does exist, it is important that the truth of the Isra' and Mi'raj is protected from any form of denigration that offends Islam and its followers. Nevertheless, this should not be an obstacle where creativity in literary work is concerned.
Article Details
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.