Pelaburan Langsung Asing dan Pembangunan Industri Barangan Elektrik dan Elektronik di Negeri Pulau Pinang, 1970–2007 (Foreign Direct Investment and Development of Electric and Electronic Products Industry in Penang State, 1970–2007)
Main Article Content
Abstract
Perkembangan sektor perindustrian pembuatan terutamanya sektor Barangan Elektrik dan Elektronik (BEE) telah membawa banyak perubahan kepada struktur ekonomi, pola guna tenaga dan juga pembangunan kawasan di Malaysia. Perkembangan ini banyak dikaitkan dengan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (PLA) ke negara ini sejak awal tahun 1970an lagi. Kejayaan industri BEE di Malaysia sejak beberapa dekad ini banyak bergantung pada kelebihan lokasi industri di negara ini untuk menarik pelaburan langsung asing. Walaupun Malaysia mampu melakar perkembangan industri BEE yang baik, namun pergantungan kepada pengeluaran industri BEE untuk eksport dan pelaburan modal asing, telah menyebabkan negara ini turut menerima kesan yang ketara akibat perubahan yang berlaku pada peringkat global. Dominasi asing dalam sektor industri BEE sangat ketara khususnya di Pulau Pinang. Kawasan perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang yang dikenali pada peringkat global sebagai pengeluar produk elektronik yang terkemuka di Malaysia telah membina reputasi yang tinggi dalam industri tersebut dan telah diintegrasikan dalam Rangkaian Pengeluaran Global. Artikel ini menyusur galur proses perkembangan industri BEE di Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya rentetan daripada perubahan global industri BEE yang telah membawa kepada aliran masuk PLA ke negeri ini. Walaupun PLA membawa banyak perubahan kepada negeri ini namun pembangunan yang berlaku masih memperlihatkan beberapa kelemahan yang boleh memberi kesan terhadap pembangunan di negeri ini, selain daripada beberapa cabaran yang harus diatasi oleh Pulau Pinang dalam usaha untuk terus menjadi hub yang menarik kepada pelaburan asing di rantau ini.
The development of the industrial sector, especially Electric and Electronic Products (E&E) has brought many changes to the structure of the economy, employment patterns and spatial development in Malaysia. This development has been attributed to Foreign Direct Investment (FDI) coming into the country since the early 1970s. The success of the E&E industry in Malaysia then was dependent on locational advantages in attracting FDI. Although Malaysia has made an impressive development in E&E industry, the reliance on E&E production for export and investment of foreign capital has also caused the country to be impacted by global changes. Foreign domination in the E&E sector is very significant especially in the State of Penang. The Bayan Lepas industrial area in Penang is known globally as a leading manufacturer of electronic products in Malaysia. It has a high reputation in E&E industry and has also been integrated into the Global Production Network. This article discusses the development of E&E industry in Malaysia in general and in Penang in particular, due to the inflow of FDI into the country following changes in the E&E global industry. Although the FDI has brought many changes to the state they are weaknesses that can affect development. As well, there are challenges that must be overcome by the Penang State to remain the regional key hub for foreign investment.
Article Details
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.