Implikasi Peruntukan Islam dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia (The Implications of the Provisions for Islam and the Malays in the Federal Constitution on Ethnic Relations in Malaysia)

Main Article Content

Nazri Muslim

Abstract

This research examined the level of knowledge, understanding, acceptance and perception among public university students of the implications of the provisions for Islam and the Malays in the Malaysian Constitution on ethnic relations in Malaysia. The research involved 800 respondents from four public universities. The results show that the provisions have far reaching implications on ethnic relations in Malaysia as Malay students, in particular, are still sensitive and responsive to matters pertaining to Islam and the Malays. The reasons for this, among others, are the declining level of tolerance and understanding among the people, the role of the media in sensationalising the special status of Islam and the Malays, and also the lack of historical knowledge. Based on these findings, suggestions are made to address the issue pertaining Islam and the Malays in Federal Constitution. The study contributes towards the area in terms of the quantitative methodology employed that may be replicated in future research.


 


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji implikasi peruntukan Islam dan orang Melayu dalam Perlembagaan terhadap hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 800 responden yang dipilih dari empat buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Data kajian diperolehi melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, statistik jadual silang (crosstabulation) dan correlation coefficient digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan persepsi pelajar tentang implikasi peruntukan Islam dan orang Melayu terhadap hubungan etnik di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan perihal Islam dan orang Melayu sangat memberi implikasi terhadap hubungan etnik di Malaysia kerana pelajar Melayu khususnya masih lagi sensitif dan peka terhadap hal yang berkaitan dengan Islam dan orang Melayu. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan isu berkaitan dengan agama Islam dan orang Melayu ini sering muncul. Antaranya seperti semangat tolak ansur dan persefahaman dalam kalangan rakyat yang semakin luntur, peranan media massa dalam mensensasikan isu yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam serta tiadanya pengetahuan tentang sejarah penggubalan kontrak sosial. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi menangani isu berkaitan dengan peruntukan orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Seterusnya, kajian ini turut menyumbang kepada bidang ilmu kerana metodologinya berbentuk kuantitatif, berbeza dengan kebanyakan kajian sebelum ini yang dilakukan secara kualitatif serta menghasilkan satu instrumen soal selidik untuk kajian selanjutnya.

Article Details

How to Cite
Implikasi Peruntukan Islam dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia (The Implications of the Provisions for Islam and the Malays in the Federal Constitution on Ethnic Relations in Malaysia). (2012). KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 19(2), 19–62. https://ejournal.usm.my/kajh/article/view/kajh_vol19-no-2-2012_2
Section
Articles