Tasawur Pembangunan Dalam Al-Qur'an: Kajian Tafsir Al-Mawdu'iy

Main Article Content

Shukri Hanapi

Abstract

Pembangunan lazim (PL) dan pembangunan berteraskan Islam (PBI) merupakan dua perkara yang berbeza. PL terbina daripada tasawur lazim, manakala PBI pula terbina daripada tasawur Islam. Jika begitu, apakah PL sesuai diadaptasi dan diguna pakai untuk pembangunan di negara-negara umat Islam? Apakah ia boleh menyelesaikan masalah-masalah berkaitan Islam? Berdasarkan permasalahan tersebut, kajian ini cuba untuk mengkaji tasawur PBI. Ia dilakukan berdasarkan al-Qur’an secara tafsir al-mawdu'iy untuk mencapai tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti ayat-ayat tasawur pembangunan dalam al-Qur'an. Kedua, menganalisis tasawur pembangunan berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an yang telah dikenal pasti secara tafsir al-mawdu'iy. Ketiga, membina tasawur pembangunan berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an yang telah dikenal pasti itu. Untuk mencapai kesemua objektif tersebut, kajian kualitatif yang berbentuk penerokaan dan deskriptif ini menggunakan kaedah analisis pensejarahan dan kaedah analisis kandungan. Analisis pensejarahan dilakukan untuk menganalisis peristiwaperistiwa yang menjadi sebab penurunan sesuatu ayat. Kaedah analisis kandungan pula dilakukan untuk mengenal pasti, mengumpul dan menganalisis makna ayat-ayat al-Qur'an berkaitan tasawur pembangunan. Kedua-duanya disesuaikan dengan kaedah tafsir al-mawdu'iy.

Article Details

How to Cite
Tasawur Pembangunan Dalam Al-Qur’an: Kajian Tafsir Al-Mawdu’iy. (2012). KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 19(2), 111–112. https://doi.org/10.21315/
Section
Thesis Abstracts