Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia by Ooi Keat Gin, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. pp. 1–258.

Main Article Content

Badriyah Haji Salleh

Abstract

Buku yang mengandungi sembilan buah penulisan hasil penyelidikan terhadap isu warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sejarah, sosiobudaya dan ekonomi. Abdul Rahman Haji Ismail memulakan perbincangan dengan memberikan beberapa ciri warisan yang ditinggalkan di kawasan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia yang meliputi negeri Kedah dan termasuk juga Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara. Esei pembukaan tersebut secara umumnya merupakan penentu hala tuju bagi pembaca tentang warisan yang dibincangkan dalam bab-bab seterusnya. Antara isi kandungan yang dibahaskan adalah tentang warisan politik dan sosiobudaya semenjak awal Masihi yang saling mempengaruhi antara kerajaan Kedah Tua, kawasan-kawasan lain dalam Wilayah Utara Semenanjung Malaysia dan kuasakuasa asing sama ada melalui perdagangan mahupun pemerintahan atau keduaduanya sekali sehinggalah pada zaman selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Hal ini menjelaskan perihal rupa bangsa dan jatidiri Melayu serta proses kemelayuan yang dialami oleh masyarakat pendatang dan juga perubahan-perubahan yang berlaku kesan daripada pertembungan tersebut. Keadaan tersebut melibatkan perubahan dalam sistem pentadbiran, ekonomi dan pembudayaan yang telah mewujudkan masyarakat pelbagai kaum dan mencetuskan kesedaran politik dalam kalangan masyarakat tempatan.

Article Details

How to Cite
Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia by Ooi Keat Gin, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. pp. 1–258. (2013). KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 20(1), 81–85. https://doi.org/10.21315/
Section
Book Review