Bbahul dan Hubungannya dengan Kepercayaan Bbiruhui Etnik Rungus di Sabah (Bbahul and the Bbiruhui Beliefs of the Rungus People of Sabah)

Main Article Content

Low Kok On
Azlan Shafie Abdullah @ Raymond Majumah

Abstract

The term bbahul refers to the traditional poetry of the Rungus ethnic group from the Kudat district of Sabah, Malaysia. Up until the 1980s, such poems were regularly recited by Rungus villagers; however their popularity has subsequently declined. Related to the bbahul are the Bbiruhui, the traditional beliefs of the Rungus. Such beliefs are founded on the concept of Minamangun, the sole Creator, who dwells in the spiritual realm accompanied by a host of benevolent and malevolent spirits. During field trips to collect bbahul and information regarding Bbiruhui beliefs, it was noted that certain bbahul are recited by the ritual specialist during the Moginum healing ceremony. These initial reports indicate that some of the bbahul are indeed related to the Bbiruhui beliefs of the Rungus. This essentially suggests that the Bbiruhui beliefs constitute a Rungus folk religion rather than pagan (as suggested by some researchers in the past), especially when considering the influence of the Christian and Islamic faiths from the 19th century onwards. Selected bbahul containing elements of Bbiruhui beliefs are analysed to have a better understanding of the relationship between the bbahul and the Bbiruhui beliefs.


 


Bbahul ialah sejenis puisi tradisional etnik Rungus yang tinggal di daerah Kudat, Sabah. Puisi tersebut sangat popular dan dituturkan dalam kalangan etnik Rungus pada tahun-tahun sebelum 1980-an namun tidak lagi pada masa ini. Bbiruhui pula ialah kepercayaan turun-temurun etnik Rungus yang berkonsepkan Minamangun sebagai Pencipta Yang Esa, diikuti oleh pelbagai semangat baik dan semangat jahat yang dipercayai berada di alam ghaib. Kajian ini merupakan kerja lapangan dan penulis merakamkan dan mendokumentasikan bhahul lisan dan maklumat berkenaan kepercayaan Bbiruhui daripada sumber etnik Rungus. Pada peringkat awal kerja lapangan, beberapa orang sumber memaklumkan bahawa sesetengah Bbahul akan disampaikan oleh bbobbollizan (pakar upacara) dalam upacara Moginum bagi mengubati beberapa jenis penyakit. Hal sedemikian menunjukkan Bbahul mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan turun-temurun etnik Rungus. Dalam artikel ini, kepercayaan Bbiruhui sebagai sejenis kepercayaan rakyat akan diketengahkan. Pendapat sesetengah pengkaji yang beranggapan bahawa etnik Rungus ialah pagan juga turut disanggah. Seterusnya, sejumlah Bbahul terpilih yang berkait dengan kepercayaan Bbiruhui akan dianalisis bagi mendalami unsur-unsur kepercayaan yang terkandung di dalamnya. Dengan berbuat demikian, hubungan antara Bbahul dengan kepercayaan Bbiruhui akan didalami.

Article Details

How to Cite
Bbahul dan Hubungannya dengan Kepercayaan Bbiruhui Etnik Rungus di Sabah (Bbahul and the Bbiruhui Beliefs of the Rungus People of Sabah). (2014). KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 21(1), 73–102. https://ejournal.usm.my/kajh/article/view/kajh_vol21-no-1-2014_5
Section
Articles