Sejarah Melayu: Karya Klasik Sebagai Teks Kajian Perlakuan Organisasi
Main Article Content
Abstract
Esei ini mengutarakan bahawa Sejarah Melayu bukan sahaja suatu rakaman budaya bangsa yang menjadi fokus kajian peminat dan pengkaji sastera, tetapi boleh juga diaplikasi dan amat bernilai sebagai teks kajian dalam bidang perlakuan organisasi iaitu sub-bidang sains pengurusan. Adalah didapati cetera dalam Sejarah Melayu boleh dianalisis pada tiga peringkat analisis perlakuan organisasi--individu, kumpulan dan organisasi--dan boleh dikaitkan dengan teori, konsep dan pendekatan perlakuan organisasi yang relevan. Menggunakan Sejarah Melayu sebagai teks kajian dalam perlakuan organisasi mencabar mahasiswa supaya arif dalam sastera bangsanya dan dapat mencerap dan mengekstrapolasikan peristiwa lepas yang abstrak dengan situasi masa kini. Ini merupakan suatu kemahiran yang ingin diwujudkan dan bukannya suatu yang mudah untuk diajar dalam kalangan mahasiswa. Dalam melaksanakan inovasi dalam pembelajaran ini, cabaran kepada pensyarah, baik dalam bidang kesusasteraan mahupun pengurusan, adalah kebolehan mereka untuk mengkontekstualkan sesuatu karya klasik dan menjadikannya relevan kepada pelajar dalam konteks peradaban kehidupan masa kini dan masa hadapan.
Article Details
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.