Falasi Profail Sosio-Ekonomi Peneroka Bandar Di Negara Membangun: Bukti Dari Pulau Pinang

Main Article Content

Moha Asri Hj. Abdullah
Mohd Isa Hj. Bakar

Abstract

Peneroka Bandar merupakan mereka yang tinggal di kawasan- kawasan petempatan sama ada melalui lesen pendudukan sementara atau tanpa apa-apa permit yang sah. Dalam hubungan ini mereka yang tinggal di atas tanah-tanah TOL di dalam kawasan bandar dan setinggan yang menetap di dalam kawasan bandar juga boleh dikategorikan sebagai peneroka bandar. Penempatan peneroka bandar seringkali digambarkan sebagai sesuatu yang universal di kebanyakan bandar di negara membangun. Trend pembandaran yang pesat, tumpuan penduduk di bandar-bandar besar, sejumlah besar hidup dalam keadaan marginal, kemiskinan dan peneroka bandar, seringkali digambarkan oleh para sarjana sebagai gambaran asas pembangunan dan pertumbuhan penduduk di bandar-bandar negara membangun. Dalam kebanyakan keadaan, peneroka bandar dikatakan amat berbeza dengan kemewahan penduduk di sekeliling terutamanya dari segi status sosio-ekonomi dan taraf kehidupan mereka. Senario tersebut ternyata berbeza daripada keadaan peneroka bandar di Pulau Pinang. Pertumbuhan pesat ekonomi dan proses perindustrian di negeri ini banyak mempengaruhi perubahan taraf sosio-ekonomi peneroka bandar dan penumpang tanah sementara di Pulau Pinang yang secara langsung memberi gambaran bukti sebenar dan menyangkal dakwaan sarjana awal. Justeru itu, kertas kerja ini meneliti profail sosio-ekonomi peneroka bandar Pulau Pinang termasuk keadaan fizikal rumah, kemudahan prasarana, keadaan kehidupan, pekerjaan dan pendapatan mereka. Hasil dari bukti-bukti tersebut, kertas kerja ini menyimpulkan bahawa terdapat persepsi yang falasi terhadap peneroka bandar di negara membangun dan Pulau Pinang merupakan satu contoh yang tepat.

Article Details

How to Cite
Falasi Profail Sosio-Ekonomi Peneroka Bandar Di Negara Membangun: Bukti Dari Pulau Pinang . (1998). KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 5, 83-96. https://ejournal.usm.my/kajh/article/view/kajh_vol5-1998_5
Section
Articles