Pembangunan Kawasan Sempadan: Satu Tinjauan Mengenai Isu, Masalah dan Potensi di Kawasan Sempadan Malaysia-Thailand

Main Article Content

Norizan Hj. Md. Nor

Abstract

[Kajian ini berpokok-pangkal dari andaian bahawa 'kawasan sempadan' kerap terpinggir dari segi pembangunan kerana kurangnya kerjasama antara dua negara yang berjiran atau tiadanya keutamaan diberikan kepada kawasan berkenaan dalam aspek pembangunan selain dari aspek keselamatan. Keadaan ini dipengaruhi oleh tahap pemahaman konsep kawasan sempadan yang sempit. Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau isu, masalah dan potensi kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Kajian ini mencapai kesimpulan bahawa kestabilan dan kerjasama kawasan sempadan sukar dibangunkan tanpa terlebih dahulu pihak pemerintah memahami tentang keadaan sosio-politiko- ekonomi penduduk di kawasan sempadan itu sendiri. Dalam kajian ini penduduk dari Thailand lebih banyak menimbulkan masalah di kawasan sempadan negara ini seperti kebanjiran pendatang tanpa izin, penyeludupan dan perlanggaran undang-undang negara ini. Dari segi ekonomi kemasukan peniaga Thailand ke negara ini telah meningkatkan persaingan terhadap peniaga tempatan. Namun demikian wujudnya kestabilan politik, kemudahan infrastruktur yang baik, terdapatnya bekalan sumber alam dan bekalan buruh murah di sekitar kawasan ini serta meningkatnya ketelusan peraturan dan undang-undang yang diamalkan oleh kedua negara sudah pasti menjanjikan potensi pembangunan kawasan sempadan yang cerah pada masa hadapan.

Article Details

How to Cite
Pembangunan Kawasan Sempadan: Satu Tinjauan Mengenai Isu, Masalah dan Potensi di Kawasan Sempadan Malaysia-Thailand . (1998). KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 5, 97-122. https://ejournal.usm.my/kajh/article/view/kajh_vol5-1998_6
Section
Articles