Accumulation and Depuration of Heavy Metals in The Hard Clam (Meretrix meretrix) under Laboratory Conditions
Main Article Content
Abstract
Heavy metal accumulation and depuration may alter the effectiveness of Meretrix meretrix as a biomonitoring organism for water quality assessment. Therefore, this study was conducted to evaluate the effects of heavy metal accumulation and depuration on M. meretrix, by immersing it in Copper (Cu), Zinc (Zn), and Lead (Pb) solutions under laboratory conditions. The results showed that M. meretrix is able to accumulate Cu, Zn, and Pb at the rate of 0.99, 21.80, and 0.57 µg/g per day, respectively, and depurates at the rate of 0.42, 23.55, and 1.01 µg/g per day, respectively. These results indicate that M. meretrix could be effectively used as a biomonitoring organism for Cu because the accumulation rate is significantly (p ? 0.05) higher than the depuration rate. However, this was not the case for Zn because the accumulation rate was almost similar to the depuration rate, while for Pb, accumulation or depuration did not occur in M. meretrix.
Penumpukan dan penyingkiran logam berat mungkin memberi kesan terhadap keberkesanan penggunaan Meretrix meretrix sebagai organisma pemantauan biologi dalam penilaian kualiti air. Sehubungan itu kajian ini dijalankan untuk menilai kesan penumpukan dan penyingkiran logam berat terhadap M. meretrix dengan mendedahkannya dalam larutan Kuprum (Cu), Zink (Zn) dan Plumbum (Pb) di makmal. Hasil kajian menunjukkan bahawa M. meretrix berupaya menumpuk Cu, Zn dan Pb masing-masing pada kadar 0.99, 21.80 dan 0.57 µg/g sehari dan menyingkir pada kadar 0.42, 23.55 dan 1.01 µg/g sehari. Keputusan ini juga menunjukkan bahawa M. meretrix boleh digunakan sebagai organisma pemantauan biologi yang berkesan untuk Cu kerana kadar penumpukannya lebih tinggi secara signifikan (p ? 0.05) berbanding kadar penyingkirannya. Walau bagaimanapun keadaan ini tidak berlaku bagi Zn kerana kadar penumpukan adalah hampir sama dengan kadar penyingkiran, manakala bagi Pb, tiada penumpukan dan penyingkiran yang berlaku dalam M. meretrix.
Article Details
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.