Current Status of Mimosa pigra L. Infestation in Peninsular Malaysia

Main Article Content

Asyraf Mansor
Micheal J. Crawley

Abstract

The status and distribution of Mimosa pigra L., a semi-aquatic invasive species in Peninsular Malaysia, were continuously assessed between 2004 and 2007. This assessment investigated its population stand density and related weed management activities. In total, 106 sites of 6 main habitat types i.e., construction site (CS), dam/ reservoir (DM), forest reserve (FR), plantation (PL), river bank/waterway (RB) and roadside (RD) were assessed, and 55 sites were recorded with M. pigra populations. A CS is the most likely habitat to be infested with M. pigra (16 out of 18 assessed sites have this weed), whereas none of the FR visited were found to harbour M. pigra. In terms of population stand density, 41 populations were in the low range of stand density (individual plant of ?5 m–2), compared to only 9 populations in the high range of stand density (individual plant of >10 m–2). In general, the current impact of M. pigra infestation on natural habitats is relatively low, as its distribution is only confined to disturbed areas. However, continuous monitoring of this weed species is highly recommended, especially in the riparian zone and wetland habitats.


 


Status dan taburan Mimosa pigra L., spesis tumbuhan penceroboh separaakuatik di Semenanjung Malaysia, telah dinilai secara berterusan antara tahun 2004 dan 2007. Penilaian ini bertujuan untuk menyiasat kepadatan dirian populasi tumbuhan ini dan kaitannya dengan aktiviti-aktiviti pengurusan rumpai. Secara keseluruhan, 106 tapak kajian bagi enam jenis habitat utama iaitu, tapak pembinaan (CS), empangan (DM), hutan simpan (FR), ladang (PL), tebing sungai (RB) dan sisi jalan (RD) telah dinilai, dan 55 tapak kajian telah direkodkan dengan populasi M. pigra. Tapak pembinaan adalah habitat yang paling mungkin akan diserang oleh M. pigra (16 daripada 18 tapak yang telah dinilai mempunyai rumpai ini), sedangkan tiada satu pun daripada hutan simpan yang telah dilawati mempunyai M. pigra. Dari segi kepadatan dirian populasi, 41 populasi adalah dalam julat kepadatan dirian rendah (tumbuhan individu sebanyak ?5 m–2), berbanding hanya 9 populasi yang berada dalam julat kepadatan dirian tinggi (tumbuhan individu sebanyak >10 m–2). Secara amnya, kesan semasa serangan M. pigra terhadap habitat semula jadi adalah agak rendah, memandangkan taburannya hanya terbatas di kawasankawasan yang telah diganggu. Walau bagaimanapun, pengawasan berterusan bagi spesis rumpai ini adalah sangat disyorkan, terutamanya pada zon tebing sungai dan habitat-habitat tanah bencah.

Article Details

How to Cite
Current Status of Mimosa pigra L. Infestation in Peninsular Malaysia. (2011). Tropical Life Sciences Research, 22(1), 37–49. https://ejournal.usm.my/tlsr/article/view/tlsr_vol22-no-1-2011_4
Section
Original Article