Heavy Metals Uptake by Asian Swamp Eel, Monopterus albus from Paddy Fields of Kelantan, Peninsular Malaysia: Preliminary Study
Main Article Content
Abstract
Swamp eel, Monopterus albus is one of the common fish in paddy fields, thus it is suitable to be a bio-monitor for heavy metals pollution studies in paddy fields. This study was conducted to assess heavy metals levels in swamp eels collected from paddy fields in Kelantan, Malaysia. The results showed zinc [Zn (86.40 µg/g dry weight)] was the highest accumulated metal in the kidney, liver, bone, gill, muscle and skin. Among the selected organs, gill had the highest concentrations of lead (Pb), cadmium (Cd) and nickel (Ni) whereas muscle showed the lowest total metal accumulation of Zn, Pb, copper (Cu), Cd and Ni. Based on the Malaysian Food Regulation, the levels of Zn and Cu in edible parts (muscle and skin) were within the safety limits. However, Cd, Pb and Ni exceeded the permissible limits. By comparing with the maximum level intake (MLI), Pb, Ni and Cd in edible parts can still be consumed. This investigation indicated that M. albus from paddy fields of Kelantan are safe for human consumption with little precaution.
Belut sawah, Monopterus albus, adalah salah satu ikan yang biasa dijumpai di sawah padi, dan ikan ini sesuai digunakan sebagai bio-penunjuk untuk penyelidikan pencemaran logam berat di kawasan sawah padi. Penyelidikan ini dilakukan bagi menilai kandungan logam berat dalam belut sawah dari sawah padi di Kelantan, Malaysia. Keputusan telah menunjukkan zink [Zn (86.40 µg/g berat kering)] adalah logam paling tinggi terakumulasi dalam ginjal, hati, tulang, insang, otot dan kulit. Antara organ-organ yang telah dipilih, insang didapati mengandungi kepekatan tertinggi bagi plumbum (Pb), kadmium (Cd) dan nikel (Ni), manakala otot menunjukkan jumlah kepekatan logam terakumilasi terendah bagi Zn, Pb, kuprum (Cu), Cd dan Ni. Berdasarkan kepada Peraturan Makanan Malaysia, paras Zn dan Cu di bahagian-bahagian yang dimakan (otot dan kulit) adalah masih dalam julat yang selamat. Walaupun demikian, Cd, Pb dan Ni telah melebihi julat yang dibenarkan. Apabila dibandingkan dengan paras maksimum pengambilan (MLI), Pb, Ni, dan Cd dalam bahagian-bahagian yang dimakan masih selamat untuk dimakan. Penyelidikan ini menunjukkan M. albus dari sawah padi di Kelantan adalah selamat untuk dimakan oleh manusia dengan sedikit pengawasan.
Article Details
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.