Pembelajaran Sejarah Di Institusi Pengajian Tinggi

Main Article Content

Badriyah Haji Salleh

Abstract

Bilangan pelajar yang bermajor dan berminor dalam Sejarah di peringkat pengajian tinggi kian meningkat tahun demi tahun. Ramai di antara mereka masih terbawa bawa dengan cara pentbelajaran sejarah di peringkat sekolah, yang menekankan pembelajaran dan jawapan kepada soalan-soalan sejarah secara streotype. Mereka masih mengharapkan supaya pensyarah-pensyarah menyuapkan segala-segalanya termasuklah nota-nota kuliah. Mereka masih terpengaruh dengan orientasi peperiksaan di sekolah-sekolah, iaitu mengenalpasti soalan- soalan yang popular dan menyediakan jawapan-jawapan yang khusus. Mereka masih belum yakin bahawa soalan-soalan sejarah sebenarnya tidak mempunyai satu jawapan yang mutlak; bahawa setiap pengkaji sejarah berhak untuk mengemukakan jawapannya yang tersendiri asalkan berlandaskan lunas-lunas pengkajian sejarah yang betul. Oleh kerana inilah ramai pelajar sejarah di peringkat pengajian tinggi, IChususnya di universitiuniversiti, menghadapi beberapa masalah untuk mengikuti kuliah-kuliah sejarah dan menghujahkan jawapan-jawapan dengan jitu. Dalam tulisan yang pendek ini, saya akan cuba mengenalpasti kelemahan-kelemahan pelajar-pelajar sejarah dan inencadangkan beberapa cara untuk mengatasinya.

Article Details

Section
Articles