Relationship between Cognitive Style Relative Preference for Discovery Expository Learning

Main Article Content

A. Lourdusamy

Abstract

Kajian ini menyiasat perhubungan di antara empat gaya kognitif (field independence-field dependence, gaya konsepan, gaya pembedaan konsep dan pemikiran bertumpu-bercapah) dan keutamaan relatif bagi pembelajaran penemuan bandingan dengan pembelajaran pendedahan. Keutamaan relatif ini dikaji daripada dua dimensi iaitu kesenangan/kesukaran dan keenakan/kebencian. Cara melaksanakan kaedah pembelajaran ialah melalui modul-modul pengajaran sendiri. Subjek-subjek dengan gaya pembedaan konsepsan tinggi dan pemikiran divergen mengamati pembelajaran penemuan lebih sukar daripada pembelajaran pendedahan. Subjek-subjek 'field independent' dan pemikiran inferensi tinggi mengamati pembelajaran penemuan Iebih keenakan daripada pembelajaran pendedahan. Keputusan ini menunjukkan gaya kognitif juga boleh mempengaruhi ciri affektif berkaitan dengan pembelajaran di sam ping hasil kognitif yang kerapkali dilaporkan. Ini mengusulkan bahawa konsep 'sikap-bakat-interaksi' harus termasuk dalam penyelidikan gaya kognitif oleh sebab sikap pelajar terhadap sesuatu strategi pengajaran mungkin menjadi Iebih penting untuk pembelajaran berlaku daripada bakatnya.

Article Details

Section
Articles