A Study of the Roles and Duties of Remedial Teachers in the Malaysian Primary Schools

Main Article Content

Koh Boh Boon

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kecekapan dan keyakinan guru khas pemulihan dalam memenuhi peranan dan tugas mereka, serta mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi mereka dalam melaksanakan program pemulihan di sekolah rendah masing-masing. Sampel kajian terdiri daripada 466 guru pemulihan di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Melaka dan Johor. Satu soalselidik digunakan untuk mengumpul data daripada guru pemulihan yang terlibat dalam kajian ini. Penyelidik juga melawat ke sekolah-sekolah rendah yang terpilih untuk bertemuramah dengan guru pemulihan berkenaan dan melihat keadaan pelaksanaan program pemulihan di sekolah berkenaan. Hasil analisis data telah menunjukkan bahawa sesetengah guru pemulihan kurang berupaya memenuhi peranan dan tugas tertentu. Mereka berasa kurang cekap dan kurang yakin untuk memainkan peranan bukan pengajaran iaitu sebagai penasihat, pensyarah/petunjukcara dan penjalinhubungan. Darihal tugas pula, mereka berasa kurang cekap dan yakin dalam melakukan tugas bukan-pengajaran seperti menasihatkan guru biasa dan mendapat kerjasama guru biasa dan ibu bapa murid lambat. Guru pemulihan menghadapi beberapa masalah. Bilik pemulihan di sesetengah sekolah adalah terlalu kecil dan sesak untuk menampung murid lambat. Sesetengah guru pemulihan merungut bahawa mereka diberi bebanan kerja yang terlalu berat dan sering diarahkan mengganti guru bercuti hinggakan program pemulihan mereka tergendala. Namun, masalah terbesar guru pemulihan adalah kerjasama dan sokongan yang tidak memuaskan daripada guru biasa. Sesetengah guru biasa menunjukkan sikap pasif terhadap program pemulihan. Guru pemulihan juga merungut bahawa mereka tidak dapat merujuk kepada siapa pun ketika mereka mengalami kesulitan dalam pengurusan program.

Article Details

Section
Articles