Personality Traits: A Comparison of Education and Non-Education Students

Main Article Content

Noran Fauziah Yaakub

Abstract

Kajian ini melaporkan profil personaliti bagi dua kumpulan pelajar; satu dari sebuah maktab perguruan dan satu lagi dari sebuah universiti. Ujian enam belas P.F. Cattell (Borang A) telah digunakan untuk mengukur trait personaliti pelajar-pelajar tersebut. Hasil kajian menunjukkan perbezaan signifikan antara pelajar maktab perguruan dan universiti bagi enam daripada enam belas faktor. Analisis mengikut jantina menunjukkan perbezaan signifikan bagi tujuh faktor bagi pelajar lelaki dan empat faktor bagi pelajar perempuan. Profil personaliti bagi pelajar Melayu dari kedua-dua institusi menunjukkan perbezaan signifikan bagi sembilan faktor; manakala bagi pelajar Gina, perbezaan signifikan adalah bagi tiga faktor.

Article Details

Section
Articles