Kurikulum Pendidikan Awal: Ke Arah Pendidikan Holistik
Main Article Content
Abstract
Benarkah kanak-kanak lahir seperti kain putih yang bersih dan ibu bapalah yang mencoraknya? Betulkah kanak-kanak diibaratkan rebung yang mudah dilentur dan orang dewasalah yang melentur dan melaksanakan tanggung jawab mengikut citarasa dan hemah masing-masing? Perkara ini selalu diperkata dan kadang kala dipertikaikan. Kanak-kanak merupakan kurniaan Allah dengan fitrahnya yang sentiasa bersedia dan berpotensi menerima apa saja, sama ada baik atau sebaliknya. Justeru itu, adalah penting bagi para perancang yang membentuk kurikulum pendidikan awal atau pendidikan pra-sekolah memikirkan sesuatu yang paling sesuai untuk sasarannya. Usaha ini pula bergantung kepada tujuan dan matlamat akhir pendidikan yang ingin dipupuk di kalangan kanak-kanak. Melalui pendidikan, generasi muda dapat dibentuk untuk menjadi rnanusia sempurna (insan kamil) yang berjaya di dunia dan juga di akhirat.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.