Teacher Clarity or Pupil Clarity or Both? Conceptual Issues and Research Implications

Main Article Content

Ling Chu Poh

Abstract

Konstruk atau gagasan kejelasan guru menjadi tumpuan pertama. Biasanya konstruk kejelasan guru dilahir dan diukur berlandaskan tingkah laku guru. Murid menilai tingkah laku tersebut sebagai jelas atau kurang jelas. Rencana ini mengutarakan satu pendekatan yang berdasarkan dua persoalan yang terjalin iaitu "jelas untuk siapa?" dan "jelas dalam isi kandungan apa?". Dua persoalan yang berkaitan membawa satu konstruk tambahan iaitu kejelasan murid. la merupakan kesan kejelasan guru ke atas murid. Andaian utama ialah kontruk kejelasan guru hanya menjadi lebih bernas dan bermakna jika ia di pasangkan dengan konstruk kejelasan murid. Kejelasan murid semestilah menjadi nilai tara untuk mengukur kejelasan guru. Persoalan konsep kejelasan dikupas, dan satu kerangka konseptual diketengahkan untuk memahaminya. la berasaskan konsep jurang di antara kedudukan murid di peringkat kemasukan dengan objektif-objektif pelajaran yang ditujukan. Konsep kejelasan berasaskan sejauh mana jurang tersebut berjaya dirapatkan oleh perlakuan guru, atau setakat mana jurang ini dijangkau oleh murid. Pendekatan nomothetic dalam penyelidikan lebih memberi perhatian kepada kumpulan, dan hukum-hukum dan prinsip-prinsip yang menyeluruh. Adalah diperakukan pendekatan idiographic lebih memberi perhatian kepada individu dan perbezaan individu. Ini amat penting sebab kejelasan sewajiblah lebih tersendiri dari segi sifat dan tahapnya untuk tiap-tiap murid. Faktor perbezaan individu dalam pencapaian kejelasan seharuslah ditekankan.

Article Details

Section
Articles