Adaptation of Western Administration Models for Chinese Universities
Main Article Content
Abstract
Kertas ini ditulis berasaskan kepada kajian 90% daripada makalah serta taporan-lapcran penyelidikan yang diterbitkan dalam berbagai jurnal di negara Cina dan di cetak semula dalam 'Higher Education' (Gao deng Jioyu) oleh Pusat Penyelidikan China People's University, dan juga berasaskan buku atau buku-buku teks mengenai Pentadbiran Pendidikan Tinggi yang diterbitkan di negara Cina antara 1980-1991, beserta juga sesetengah penyelidikan yang dijalankan oleh pendidik barat dalam jangka waktu yang sama. Perkataan 'Chinese University' dalarn kertas ini merujuk kepada universiti-universiti biasa, kolej dan institusi penyelidikan tinggi yang lain; Perkataan' pendidikan tinggi di Cina' terhad kepada pendidikan tinggi yang formal tidak merangkumi pendidikan dewasa dan sistem pendidikan tinggi bukan - formal. Kertas ini membincang model pentadbiran universiti di negara Cina serta respon kepada model barat yang diperkenalkan di Negeri Cina sejak awal 'Dasar Pintu Terbuka'. lanya terbahagi kepada dua bahagian. Sahagian pertama menghuraikan rangka struktur falsafah pentadbiran universiti dan model pentadbiran pada kedua-dua peringkat makro dan mikro pendidikan tinggi sebelum 1949 dan 1978; Bahagian kedua pula menghuraikan perubahan-perubahan kepada model-model asal sejak 1978 serta pengaruh model barat. Perubahan-perubahan dibincangkan dalam tiga aspek iaitu teori-teori pentadbiran, pentadbiran makro dan pentadbiran universiti. Selepas membincangkan bahagian satu dan bahagian dua, penulis cuba membuat generalisasi atau ringkasan ciri-ciri asas penyesuaian model pentadbiran barat dalam universiti di Cina sejak 1978 hingga sekarang.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.