The Process of National Integration in the Educational Setting

Main Article Content

Robiah Saidin

Abstract

Kajian ini diusahakan asas andaian bahawa sistem pendidikan di negara memainkan peranan memupuk perpaduan di kalangan murid-murid sekolah. Berpegang kepada definisi perpaduan sebagai satu usaha yang diambil secara sedar untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti kebangsaan berasaskan budaya nasional (Melayu), maka kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah pelaksanaan dasar sistem pendidikan kebangsaan berjaya membentuk sikap yang positif terhadap perpaduan kebangsaan di kalangan murid-murid sekolah menengah di Malaysia. Empat soalan besar yang menyentuh tentang pelaksanaan dan penghayatan murid-murid mengenai dasar pendidikan kebangsaan iaitu identiti nasional, Bahasa Malaysia, kurikulum kebangsaan dan aktiviti ko-kurikulum di sekolah telah ditimbulkan. Pandangan diperolehi daripada 10,686 orang murid dalam tingkatan tiga, lima dan enam atas. Mereka daripada 6 negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari segi identiti nasional, murid-murid bersetuju tentang perlu dan pentingnya identiti naslonal, Tetapi mereka tidak sebulat suara bersetuju bahawa satu budaya dianggap sebagai asas budaya kebangsaan. Faktor etnik mempengaruhi pandangan mereka, namun semakin tinggi tahap persekolahan murid maka sernakln positif nampaknya mer,eka terhadap dasar dan rasional budaya pribumi dijadikan asas identiti kebangsaan dan kebudayaan kebangsaan. Secara keseluruhan murid-murid sekolah menerima hakikat bahawa Bahsa Malaysia adalah bahasa yang menyatupadukan semua kaum di negara ini. Namun dari segi amalan, kumpulan lain daripada bumiputera masih belum menghayati dan mengamalkan sepenuhnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa perhubungan. Mereka belum menunjukkan bahawa mereka memilih dan suka membaca dalam Bahasa Malaysia. Mereka lebih suka menggunakan gabungan Bahasa Malaysia dengan Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris.

Article Details

Section
Articles