An Insight into the Role of the School Counselors in Malaysia: Perceptions of Administrators, Counselors, and Teachers
Main Article Content
Abstract
Kertas ini mengemukakan persepsi pentadbir-pentadbir, kaunselor-kaunselor dan guru-guru sekolah menengah di Semenanjung Malaysia tentang peranan kaunselor dan kepentingan peranannya dalam memenuhi keperluan pelajar-pelajar.
Penyelidik telah merangka satu inventori Penilaian Peranan Kaunselor (Counselor Role Assessment Survey) yang mengandungi 56 item yang dibahagikan kepada enam sub-skala. Empat negeri telah dipilih secara rawak iaitu Johor, Selangor, Terengganu dan Pulau Pinang. Sejumlah 98 buah sekolah menengah dengan sampel 183 orang pentadbir, 190 orang kaunselor dan 276 orang guru telah terlibat dalam kajian ini.
Kajian ini (1) menerangkan persepsi pentadbir, kaunselor dan guru tentang peranan kaunselor dan kepentingan peranannya dalam memenuhi keperluan pelajar; (2) menentukan perbezaan persepsi dalam kumpulan pentadbir, kumpulan kaunselor dan kumpulan guru tentang peranan dan kepentingan peranannya; (dan (4) mengenalpasti bagaimana negeri dan lokasi, jantina dan tahun pengalaman mengajar, serta jantina dan umur mempengaruhi perbezaan dalam persepsi tentang peranan dan kepentingan peranannya.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.