The Effectiveness of Holistic Approach in Reducing Stress among Teachers
Main Article Content
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneliti kesan pendekatan holistik dalam mengurangkan stres di kalangan guru di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Subjek kajian terdiri daripada 31 orang gum lelaki dan 39 orang gum perempuan. Mereka telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan rawatan (35 orang) dan kumpulan kawalan (35 orang). Kumfulan rawatan telah mengikuti bengkel pengurangan stres dan telah mengamalkan teknik-teknik yang dipelajari itu selama sebulan. Ujian stres prarawatan dan posrawatan telah dilakukan dan data-data dianalisis dengan menggunakan pakej kamputer SPSS/PC+. Dua alat ukur psikologi laporan kendiri telah digunakan dalam kajian ini, iaitu Soal Selidik Stres Gum (TSQ) untuk menaksir stres kerja gum dan 'Professional Life Stress Scale' (PLSS) untuk menaksir stres kehidupan sebagai golongan profesional. Keputusan menunjukkan bahawa strategi pengurangan stres yang berpendekatan holistik ini dapat mengurangkan stres guru secara berkesan. Keputusan juga menunjukkan yang ciri-ciri demografi guru seperti jantina, sekolah, jawatan, kelayakan, kaum dan umur tidak mempengaruhi kesan rawatan. Dapatan kajianjuga menunjukkan bahawa terdapat guru yang mengalami stres berlebihan yang sebenarnya dapat dikurangkan dengan pendekatan yang berkesan kos ini. la juga menonjolkan keperluan dan kepentingan program pengurangan stres dalam memupuk kesihatan fizikal. mental dan mempertingkatkan produktiviti di kalangan guru dan pentadbir pendidikan.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.