Efficacy of Cooperative Learning among Malaysian Secondary School Students

Main Article Content

Cheah Lef Ngan
June M. L. Poon

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kelainan kesan antara pendekatan pembelajaran koperatif dengan pendekatan pengajaran tradisional terhadap prestasi ujian pelajar. Kajian selama 4 minggu telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk praujian-posujian dengan kumpulan kawalan. Peserta kajian terdiri daripada 80 pelajar Tingkatan 2 yang dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan: pembelajaran koperatif (n = 40) dan pembelajaran tradisional (n = 40). Ujian pencapaian bagi 3 mata pelajaran (Bahasa Inggeris, Matematik. dan Sains) telah diberikan kepada pelajar sebelum dan selepas kajian. Keputusan ujian t menunjukkan bahawa kumpulan pelajar yang diajar melalui pendekatan pembelajaran koperatif mencatat pencapaian yang lebih tinggi (dan signifikan) daripada kumpulan pelajar yang diajar melalui kaedah tradisional bagi ketiga-tiga mata pelajaran. Data tambahan yang diperoleh daripada temu bual yang tak formal dengan pihak pentadbir dan guru memberikan wawasan tambahan tentang pelbagai isu berkenaan pembelajaran koperatif di sekolah. Implikasi dapatan kajian ini serta saranan kajian masa depan turut dibincangkan.

Article Details

Section
Articles