Proposed Design of a Student's Evaluation of an Educational Program
Main Article Content
Abstract
Kertas ini membincangkan penggunaan pelajar sebagai panel penilai mutu kerja dan pengalaman pembelajaran oleh institusi-institusi pengajian tinggi. Walaupun terdapat banyak instrumen penilaian oleh pelajar yang digunakan sebagai penilaian mutu kerja bagi pendidik dan institusi pengajian tinggi, namun terdapat kekurangan-kekurangan yang ketara memandangkan kebanyakan instrumen ini tidak memasukkan attribut-attribut yang dianggap penting oleh pel ajar (seperti jenis attribut dan tahap 'salience' atau kepentingannya) di dalam pengalaman pembelajaran mereka, tidak mengambilkira dinamis pengalaman pembelajaran si 'pelajar' dan telah mengenepikan isu kapabiliti atau kebolehan pelajar di dalam menyumbang kepada pengalaman pembelajaran mereka. Satu bentuk instrumen penilaian oleh pelajar yang mengambilkira faktor-faktor ini dan melihat pengalaman pembelajaran pelajar sebagai suatu 'proses' telah dicadangkan sebagai satu instrumen yang sesuai digunakan yang memberi faedah kepada mereka yang terlibat di dalam bidang 'perkhidmatan' amnya dan pendidikan khasnya.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.