Schooling from the Perspective of a Group of Female Students
Main Article Content
Abstract
Satu tumpuan penyelidikan pendidikan yang semakin mendapat perhatian para penyelidik adalah berhubung dengan tanggapan pelajar terhadap pengalaman mereka bersekolah. Tumpuan ini adalah sejajar dengan anjakan yang berlaku dalam penyelidikan keberkesanan guru. Anjakan ini adalah dari pendekatan proses-produk yang dominan pada suatu ketika dahulu kepada pendekatan proses perantaran yang menekan peranan proses kognitif pelajar sebagai perantara di antara pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Kajian yang berasaskan pendekatan ini adalah berguna untuk mengetahui tanggapan pelajar terhadap pengalaman bersekolah kerana ia boleh memberi kesan kepada tingkah laku dan prestasi mereka. Artikel ini melaporkan hasil analisis 100 esei (50 dari pelajar Tingkatan 1dan 50 dari Tingkatan 11) mengenai makna bersekolah kepada mereka. Dapatan kajian menunjukkan dua tema yang utama dalam eseiesei ini adalah 'Pengetahuan' dan 'Sosial '. Dapatan ini membayangan bahawa pelajar mengaitkan bersekolah dengan tujuan untuk mendapat pengetahuan dan untuk mendapat kawan. Tema-tema lain yang pelajar kaitkan dengan bersekolah termasuklah 'Mendapat Pekerjaan', 'Masa Depan', 'Kejayaan Am', 'Kejayaan Akademik', 'Kejayaan Material', 'Cita-Cita', 'Moral', 'Disiplin', 'Bina Diri', 'Jangkaan', 'Tanggungjawab Agama', 'Berseronok' dan 'Tekanan '. Tema 'Berseronok' dan tema 'Tekanan' yang disebut oleh ramai pelajar menunjukkan bahawa pel ajar seronok bersekolah, namun mereka juga berasa amat tertekan kerana kurikulum dan beban tugasan yang berat, tingkah laku dan cara guru mengajar yang mereka dapati kurang menarik dan peraturan di sekolah yang mereka rasa terlalu ketat. Akhir kata, pandangan pelajar mengenai pengalaman bersekolah merupakan suatu sumber yang kaya dengan maklumat tentang tanggapan dan tafsiran mereka terhadap kehidupan mereka di sekolah. Maklumat ini diharap dapat membantu orang dewasa memahami bukan sahaja proses pembelajaran pelajar tetapi isu yang lebih luas, iatu isu berhubung dengan proses pembentukan identiti remaja.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.